Tuesday, December 7, 2010

Rintihan hati...

Apakah perasaan ini
Andai dapat ku lihat masa hadapan
Pasti aku tidak dalam kebingungan
Andai dapat ku padam kisah silam
Pasti aku tidak dalam keresahan

Aku ingin bersamamu, teringin sekali mengenalimu
Aku ingin jadi angin malammu
Tapi ia tak semudah itu
Aku berlari, aku mengalah
Aku tidak mahu menyuluh di lorong yang terang
Aku tidak mahu kehilangan

Aku tahu hidup tidak pernah adil
Aku tahu aku harus pergi
Aku juga tahu, semuanya akan berakhir

Aku pergi, bukan kerana benci
Aku pergi, bukan untuk menyakiti
Aku mengalah, bukan kepada sesiapa
Aku takkan mampu menang
Tapi aku takkan pernah lupa
Ruang itu, waktu itu, detik itu

Walau apapun yang terjadi
Andai segalanya tidak lagi terkesan
Akan sentiasa aku simpan secebis kenangan itu
Aku tak mahu sesiapa pun tahu
Akan ku simpan jauh di sudut hati

Biarkanlah, andai kau fikir aku kejam
Biarkanlah, andai kau fikir aku tidak peduli
Aku rela, aku rela
Katakanlah, andai itu yang sebenarnya

Yang pasti, aku masih di sini
Aku melihatmu, walau dari jauh
Aku, dengan anganku

Ingin aku bicara, namun tiada bersuara
Akhirnya, aku berlalu pergi
Kerana sudah terlalu lambat
Andai ku ingin katakan padamu
“Maafkan aku”.

No comments:

Post a Comment