Tuesday, November 30, 2010

.....

really wanna be there tomorrow....ive been waiting for it since early dis..but in the end..i couldnt make it...so sad...really wanna go...really wanna be by your side...during your big day...but i cant.

I'm in misery....

im hate being me...
argggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh...im not supposed to be here....really hate it..

far east maafkan ibu tidak sempurna

Monday, November 29, 2010

purse

Ni la masalah bile client dekat dengan shopping mall...tambah2 lagi bile tengah sales cam sekarang ni...hhuhuu....ini lah hasil nye...

my fes digicam



huhu...eh...lupe plak..teruk nye...

alhamdulillah...setelah lame mengimpikan nk memiliki digital camera akhir nye tanggal 28.11.2010, fazlun husaini berjaya jugak mendapatkan digicam...walaupun xseberapa....tapi cukup setakat tu....t ade rezeki lebih kite cri yang g besh..huhuhu..

dah lame berkenan nk bli camera ni Powershot A3100 IS..

nk share cket gamba hasil dari camera ni...




huhuh..besh tak...cam besh kan....

"Maafkan Ibu Tidak Sempurna"

Today...im not in da mood of working...my colleague all chow ady....but i dont want to chow yet since im came quit late today...(dis is not a good example..pliz dont follow....huhu...)

so since i have internet connection (in which i think is not realy gud for me...), i killed da day dgn fb...even though da other side of me realy hate it, but i juz can not help myself for not wasting time wif fb...(okey..ayat keling cket.....buat2 paham je la...)

i came across wif dis blog..http://zulhilmisafain.blogspot.com and found an article that really attract and touch my feeling....huhuhu..

let's share it..

as been mention in the page, this is the lyric from album terbaru kumpulan Fareast - Saat Lafaz Sakinah.

"Maafkan Ibu Tidak Sempurna"

Pondok ini menjadi saksi,anjungnya bukti
Tempat ibumu dodoikan kamu
Permata hatiku

Tak pernah kami seresah ini wahai anakku
Besarkan mu mula dari
dua jari telapak kaki

Aku tahu hatimu pilu, langkahmu malu
Ibumu, isteriku tidak sempurna,
buta matanya
Di jalanan kau dihina.
miliki ibu yang buta
Resah dan marah
hingga kau lupa takdir Allah

Ketika engkau memalingkan muka
Ibumu tersenyum, katanya engkau anak
kecilnya tak cukup dewasa
Jauh dihatinya ibumu berdoa
Moga kau berubah,
agar anaknya ketemu hikmah

Susu ibumu, doa ibumu, redha ibumu
Hidupmu cemerlang, engkau disanjung
engkau dijulang
Namun sayang,
kejayaanmu dipandang ibu,
dicelah manusia yang sempurna
telahanmu
Khuatir ibu ketika itu dirimu malu,
disitu ku lihat ibumu sendu, ibumu sendu

Pondok ini menjadi saksi
Anjung ini bukti
Tempat ibumu menanti, hai permata hati
Pulanglah hai anak
ke riba ibumu
Bimbang masa berlalu
Tak sempat ketemu

Ibumu, isteriku kini dah tiada
Di hujung hayatnya sempat berkata,
"Susu yang engkau minum ibu halalkan
Dosamu ibu ampunkan"

"Maafkan ibu tidak sempurna di matamu
Biar di hina, ibu galas semuanya
Asalkan kat tak merasa"

Sudah sampai masanya
ku ceritakan rahsia
Yang ku semat di atas permintaanya
Sempurnamu anakku atas anugerah ibu
Engkau lahir ke dunia buta matamu
Ibumu, isteriku hadiahkan matanya
untukmu

Wahai sayangku, belum ku ketemu
Hikmah zuriat itu dari rahim muliamu..


Tears rolling down..... T_T


Wednesday, November 24, 2010

InsyaAllah..

25.11.2010...

hari yang dlu rase cam lame je lagi tapi sekarang.....ia dah jadi..

Aku berdoa agar Allah mempermudahkan segala yang sukar...

xmampu nk mengulanginya seorang diri lagi...

moga penyeksaan ini berakhir besok....Amin..

http://www.micpa.com.my/micpastudent/Exam-TimeTable.asp

Tuesday, November 16, 2010

pagi 16.11.2010

menyingkap tirai hati....
mengintai keampunan..
di halaman subur rahmatMu tuhan....

Monday, November 15, 2010

nasyid hanya tuhan yang tahu unic live in concert uia

Perempuan...

Alhamdullillahh..bersyukurlah kita terhadap Allah S.W.T kerana kita dilahirkan utk menjadi perempuan, isteri dan ibu..

dan kita dilahirkan utk menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W

berusahalah mendekati Allah..tiada jalan yg terbaek selain jalan utk mendekati ALLah S.W.T tuhan sekelian alam..


1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.


3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidh nya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohonampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakahyang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allahs.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginyasetiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orangyang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiadaseorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuhrahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatumalam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialahsejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudiandibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat danmenjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungaiserta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api nerakadan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Berbuat baiklah kepada wanita, karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.”

(HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)

sesungguhnya dunia ini sementara.. manfaatkanlah pemberian terbesar yg kita terima dari Allah Taala.. mungkin saja kita tak mampu utk menikmati hari pada esok hari.. bertaubatlah sementara nafas belum dikerongkong mu.. walaupon mengucapi "astagfirullahhal'azim allazilaa ilaha illah hualhayyu Qayyum wa a tubu illaih" ucapkanlah dengan sepenuh jiwa mu..

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Tangan kaki mata bibir hidung dan segala anggota badan menceritakan maksiat serta dosa yg pernah kita lakukan..sehingga kita takkan dpt melepaskan diri utk keluar dari api neraka yg maha azab..

sehingga bulu mata memberikan kesaksian bahawa kita pernah menangis kerana taubat dan takotkan Allah..

Allah memberikan keizinan kepada bulu mata utk membuat kesaksian..

“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

dan pada saat hidup kita di dunia ini..jgn lah menangis utk pekara yg sia2..titiskan lah air matamu wahai wanita hanya utk Allah taala..

dan di saat hari pembalasan kelak tatkala anggota badan mengkondemkan kita..ingatlah bahawa air mata yg membasahi bulu mata kerana menangis takutkan Azab Allah, menangis kerana bertaubat itu lah yg akan mengeluarkan kita dari api neraka..

bagaimana sekiranya kita tidak pernah menangis kerana takotkan Allah? apakah yg akan bantu kita utk keluar dari neraka Allah? dgn solat kita yg masih belum khusyuk..dengan ibadat kita yg belum tentu ikhlas kerana Allah,

dgn kehidupan dunia yg penuh bisikan syaitan kerana mengejar dunia, lulus exam utk bekerja dgn gaji yg lumayan..membuatkan kita lupa yg kita pernah berjanji kpd Allah Taala bahawa kita diciptakan hanya utk beribadat kerana Allah.. marilah sahabat3.. berusahalah di jalan Allah..apalah yg kita hendak bawa disaat hari perhitungan,, berselawatlah kepada Nabi Muhammad S.A.W semoga kita mendapat syafaatnya dan meringankan kepedihan di padang mashyar di saat matahari sejengkal..berdoalah kita dpt berjumpa dgn Rasullah di akhirat kelak utk minum di telaga nabi..

semoga Allah mencintai kita..

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Dan Rasullah S.A.W. sebaik2 pemberi syafaat. Hanya kepadaNya aku bertawakkal berserah diri".

Sunday, November 14, 2010

Saturday, November 13, 2010

Wednesday, November 3, 2010

Raihan - peristiwa subuh [ALBUM PUJI -PUJIAN 1997]

Sayang Ibu..

Aku insaf selepas membaca kisah benar ini…

April 13, 2010 By: PakarHowTo Category: Kisah Benar

Dari tengahari tadi, saya dok menggodek-godek file di dalam komputer saya ini, mencari kalau-kalau ada artikel bagus yang boleh dikongsikan di blog PakarHowTo ini.

Tiba-tiba, mata saya tertarik dengan satu file yang bertajuk “Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa”.

Eh, kisah apa pulak dah ni?”, hati saya berbicara sendiri.

Saya lantas membuka file tersebut dan membacanya. Aduh, hati saya begitu terkesan dengan kisah tersebut.

“Haaa, kisah ni memang perlu dikongsikan di blog PakarHowTo ni. Bagus untuk peringatan bersama.”

Maka, saya tanpa ragu-ragu lagi, ingin berkongsi dengan anda semua tentang kisah yang sangat menarik tersebut. Semoga ianya memberikan peringatan kepada kita semua.

Kasih ibu membawa ke syurga...

Baca dan ambillah iktibar dari kisah ini.

Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa”
Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. “Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,”katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, “Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?” Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini.” Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,”Tak ada apa-apa”. Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berhat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, “Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam tak nak bagitau.” Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?”Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tuaseakan mahu bersuaratapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. “Sabri ada satu kisah yang mam asusah nak lupakandan sesakali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.” Saya terkedu. Mama menyambung, “Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?” Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.”

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, “Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama ras Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!” Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.” Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamn saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya.” Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon.”Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.” Suara ellaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selam ini.

“Syukur kamu dah insaf. Selam hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, taapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata ‘órang tua bodoh. Tak ada otak’” Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, “Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!” Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan ‘tak ada apa-apa’ dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan ‘apa-apa’ yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.”… dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya.” An-Nisa’:36

P/s- Saya tidak tahu sumber asal artikel ini. Sesiapa yang tahu, sila maklumkan kepada saya supaya saya dapat ‘kredit’ kan sumbernya di sini. TQ

Saya ingin menyeru sekali lagi kepada anda semua. Marilah kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak. Selama ini, adakah kita pernah berkasar bahasa dengan ibu, ummi, mama, mum atau mak kita???

Pernah tak kita melawan cakap mak kita?? Pernah atau tidak kita meninggikan suara dengan ibu kita?? Ada atau tidak kelakukan, perangai, tingkah laku kita sehingga menyebabkan air mata ibu kita mengalir??

Wahai sahabat semua, ingatlah bahawa “REDHA ALLAH ke atas kita adalah terletak pada REDHA IBU BAPA kita kepada kita“.

Kalau mak ayah kita terasa hati, kecewa dan tidak redha dengan kita, bagaimana mungkin kita boleh selamat di akhirat nanti? Jangan kata akhirat, di dunia ini lagi hidup kita tidak akan mendapat keberkatan.

Jadi, marilah kita sama-sama menginsafi diri. Kalau kita ada buat salah, bersikap kurang ajar atau menyakiti hati orang tua kita, bersegeralah memohon ampun maaf dari mereka selagi hayat mereka masih dikandung badan.

Marilah kita ubah sikap, tingkah laku dan perangai buruk kita mulai dari sekarang. Marilah kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh, menghormati, dan beradab sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa kita. Sentiasa lah patuh pada mereka, merendah diri dan melayani mereka dengan sebaik mungkin.

Semoga saya dan sahabat-sahabat semua akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Kepada yang sudah kehilangan ibu dan ayah, panjatkanlah doa buat mereka. Minta pada Allah supaya mengampunkan dosa dan merahmati mereka. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh, akan diterima oleh Allah sebagai amalan soleh dan pahala bagi amalan ini dapat membantu ibu bapa kita di alam sana insyaAllah.

Monday, November 1, 2010

aida's engagements


my fren's engagement at taman kenari, kuala kangsar, on 30/11/2010